Tuesday, 31 March 2015

PROGRESS! VIDEO PROJEK DI SG.IMAM, TAWAU. EPISOD 2!

Syukur semuanya berjalan seperti dirancang, kami akan terus memberikan yang terbaik untuk hasil yang membanggakan & memuaskan. Ayuh, kembali bekerja!


Sunday, 29 March 2015

PROGRESS! PROJEK DI SG.IMAM, TAWAU. PELANGGAN : EN.SAIDE DAMING

Tapak Pembinaan : Sg Imam, Tawau Sabah
Kontraktor : SKSS
Pelanggan : En.Saide Bin Daming
Kos Pembinaan : RM 281,000 + RM 34,000 (additional)
Keluasan : 63' X 36'
Status : 80%







PROGRESS! PROJEK DI KG.SEGANGAN, LAHAD DATU.


Alhamdulillah, nampaknya sudah memasuki Minggu ke 6, segala percaturan & perancangan kami di SKSS berjalan dengan lancar. Berikut adalah proses menaikkan batu yang sudah 90% siap semasa foto ini dirakam pada 26 Mac 2014.









Monday, 23 March 2015

INFO! URUSAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH? KAMI BANTU!



Selain membantu membina rumah idaman anda mengikut spesifikasi yang sepatutnya dengan hasil kerja yang berkualiti, kami di SKSS juga menyediakan khidmat rundingan & pengurusan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari Akaun ke 2. Jadi, anda tidak perlu runsing, di sini kami akan memudahkan anda untuk segalanya. Kami sudi membantu!

Hubungi Talian 0198692242 atau di 0138803980 untuk maklumat lebih terperinci & jelas.

Maklumat Pengeluaran KWSP Boleh Rujuk Di Sini !
Contoh Borang Boleh Dilihat Di Sini !

Thursday, 19 March 2015

INFO! KEMASAN MOSAIC BUKAN SAJA MENCANTIKKAN RUANG!


Di zaman serba moden & penuh persaingan, semua berlumba-lumba untuk menjadi terbaik. Melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membina rekabentuk rumah idaman bukanlah perkara mudah & perlu diambil mudah. Kredibiliti perekabentuk rumah (arkitek) & juga syarikat binaan yang terlantik semestinya menjadi faktor utama sesebuah projek sebelum ia dimulakan ke meja perbincangan.

Selain perihal berkenaan, mendapatkan khidmat mereka yang berkemahiran itu penting supaya mereka dapat membantu memberi pandangan atau cadangan tentang bagaimana rumah kita bakal dibentuk & dikemaskan. Pemilihan bahan & kemasan akhir sebenarnya antara hal penting yang akhirnya akan menentukan bagaimana keadaan rumah itu akan bertahan & terbentuk.

Di dalam suatu ruang di dalam atau luar kediaman, kemasan akhir yang dapat dilihat biasanya adalah penggunaan 'mosaic' di permukaan lantai & dinding malah di tiang-tiang. Kebiasaan yang digunakan di lantai bukan sekadar untuk mencantikkan ruang tersebut, tetapi atas beberapa sebab berkenaan :

1. Dengan menggunakan mosaic bersesuaian, maka lantai ruang tersebut akan lebih tahan & lasak berbanding kemasan lantai yang lain. Pelaburan yang sangat baik untuk jangkamasa panjang.
2 .Memberi cengkaman lebih baik, contohnya mengelakkan situasi licin di tandas atau bilik mandi. Setiap projek kami dipantau sebaiknya malah pelanggan diberi khidmat nasihat terbaik secara percuma mengenai apa yang patut & tidak sepatutnya dalam tiap projek yang bakal dijalankan!
3. Memudahkan proses pembersihan sekiranya berlaku tumpahan air, minyak atau cecair lain. 
4. Sewaktu proses dekorasi nanti, corak atau warna mosaic yang berbeza sangat berguna bagi membezakan antara dapur, ruang rehat & ruang makan. Ianya akan kelihatan seperti 'partisyen'.
5. Semua antara kita tahu, sejauh mana kita keluar, pastinya akan kembali ke rumah. Maka adalah amat penting mengambil kira aspek seperti mood & suasana rumah.  Percaya atau tidak, mosaic memainkan peranan penting ketenangan & psikologi kita sekeluarga sesuai dengan warna dinding, siling, langsir serta perabot yang bakal dipadankan!










Monday, 16 March 2015

CADANGAN REKABENTUK RUMAH EN.RAHMAN.

Cadangan Rekabentuk Rumah Banglo Setingkat 3 bilik / 2 bilik air

Lokasi : Sg Imam, Tawau Sabah

Rekabentuk : Rekabentukrumah.com

Kontraktor : SKSS

Keluasan : 1849 kps











EMAIL KAMI PERTANYAAN ANDA!

Name

Email *

Message *