Ada banyak sebab untuk kita mengamalkan & meneruskan kempen kitar semula kerana banyak kesan positif yang perlu kita tahu. Sama ada dari material besi, plastik, kayu & sebagainya, semuanya boleh dikitar semula & perlulah dilakukan dengan pemahaman kenapa perlu kita buat & amalkan. Barulah timbul kesedaran!
Bayangkan setelah anda berhabis beratus ribu mungkin jutaaan ringgit untuk membina sesebuah kediaman, kemana perginya lebihan kayu yang digunakan untuk pembinaan projek tersebut atau apa saja jenis kayu di mana kita selalu lihat bersepah di sana sini itu akan pergi? Dilonggok dan dibiarkan mereput? Dibakar? Dibuang ke tapak pelupusan sampah?
Semua kita tahu, menghasilkan setiap kayu bererti akan berlaku penebangan pokok. Penebangan pokok bererti akan berlaku penanaman semula sebab adanya permintaan. Penanaman semula, penebangan, proses menjadikan kayu, semuanya memerlukan tenaga kerja, jentera & segala proses yang membabitkan pembebasan tenaga & ia menyumbang kepada peningkatan suhu global akibat pencemaran.
Semua kita tahu, menghasilkan setiap kayu bererti akan berlaku penebangan pokok. Penebangan pokok bererti akan berlaku penanaman semula sebab adanya permintaan. Penanaman semula, penebangan, proses menjadikan kayu, semuanya memerlukan tenaga kerja, jentera & segala proses yang membabitkan pembebasan tenaga & ia menyumbang kepada peningkatan suhu global akibat pencemaran.
Jadi, dengan sedikit kreativiti dan masa yang diperuntukkan, kitar semula adalah salah satu langkah kecil yang dapat mengelakkan perkara di atas terjadi. Fikirkan skop ini secara meluas, bukan atas kita seorang sahaja. Tidak salah kita menggunakan kayu-kayu terbuang ini untuk membentuk sesuatu yang memberi manfaat kepada kita.
Kitar Semula Kayu :
Kitar Semula Kayu :
1. Menjimatkan wang yang dibelanjakan tanpa memerlukan membeli barangan baru. Duit yang dijimatkan boleh disalurkan ke jalan yang lebih baik & kepada yang lebih memerlukan.
2. Mengurangkan pencemaran seperti pembebasan gas yang tak sepatutnya semasa proses mendapatkan kayu.
3. Mengurangkan penebangan & penanaman semula pokok. Permintaan terhadap kayu adalah tinggi untuk menghasilkan perabot & juga penghasilan kertas. Ia akan menjejaskan ekosistem & peningkatan kepada kerosakan persekitaran dengan keadaan tapak pelupusan yang semakin genting.
4. Menjimatkan tenaga. Kurangnya permintaan barang baru, maka tenaga sewaktu memprosesnya dapat dijimatkan di dalam industri.
5. Jika tidak diamalkan sikap kitar semula, bayangkan berapa banyak lambakan sisa-sisa ini untuk tempoh panjang malah berapa banyak pihak akan terlibat untuk membersihkannya. Jadi, sama-sama tanamkan sikap kitar semula selepas ini.
Semoga idea ini dapatlah sedikit membuka mata kita atau jiran tetangga untuk dijadikan salah satu cara hidup berdaya saing yang penuh kreatif & ke arah negara bermentaliti maju.
No comments:
Post a Comment