Wednesday, 30 September 2015

TIPS PENTING MERANCANG SEBELUM MEMBINA RUMAH!


Membina sebuah rumah boleh dianggap sebagai sebuah pelaburan untuk semua, sama ada diri sendiri, keluarga, orang tersayang, mahupun masa depan. Sutera Kinabalu Supplier & Services berkongsi beberapa tips penting sebelum merancang membina sesebuah kediaman milik anda!



1. KENAL PASTI ANGKA KEMAMPUAN ANDA.
Sebelum membina sesuatu binaan, pastinya bajet kewangan merupakan aspek paling penting. Ini bagi mengelakkan masalah sewaktu pembinaan atau selepasnya yang akan mungkin menarik anda ke satu lembah perbelanjaan yang lebih besar. Beli pelan, uruskan pinjaman dari badan yang sepatutnya (bank/kwsp), dapatkan kontraktor, kos bahan & upah, juga fahami terma pembayaran kepada kontraktor terpilih supaya perbelanjaan anda lebih tersusun & jelas. Atas kertas, sesuatu projek mungkin kelihatan sangat mampu milik, cuma anda perlu tahu dimana jika dilengahkan atau dilewatkan ada kemungkinan kos projek melambung atas sebab-sebab yang tak dapat dikawal oleh kontraktor tersebut, dimana kos bahan binaan hari ini mungkin tidak sama untuk bulan seterusnya yang dipengaruhi turunnaik nilai matawang & cukai tertentu. Anda juga akan memerlukan lebih masa & survey lanjutan yang akan memakan kos tambahan lagi.

Klik link di bawah jika anda mahu tahu kenapa kita perlukan kontraktor binaan!
http://bit.ly/1QLLlAW  



2. REPUTASI KONTRAKTOR.
Pernahkah anda melihat beberapa projek yang gagal, tergendala atau lancar keseluruhannya? Buat sedikit semakan & kajian berkaitan latar belakang syarikat pembinaan tersebut melalui orang setempat, secara online melalui laman blog, Facebook, Instagram atau apa-apa medium yang disediakan syarikat pembinaan tersebut. Juga digalakkan mendapatkan risalah atau berjumpa terus dari wakil syarikat yang diinginkan. Pastikan mereka memiliki lesen yang sah & diperakui. Jangan lupa bertanyakan sama ada mereka menawarkan apa-apa yang menarik, barangkali boleh menjadi kelebihan kepada anda & keluarga.

Klik link di bawah untuk tawaran perlindungan insuran dari SKSS!
http://bit.ly/1j1qD5Z



3. ADAKAH KITA MEMPUNYAI MASA & KESABARAN?
Anda perlu memastikan ruang masa yang anda miliki untuk proses pembinaan sebelum menduduki sesebuah rumah yang ingin dibina. "Timeframe" merupakan hal bersangkut paut dengan mana-mana projek pembinaan dari hal pengurusan kewangan sehinggalah ia selesai dibina. Jangan lupa memberikan sedikit masa tambahan bagi persediaan jika berlaku sebarang penangguhan atau perkara yang tidak mampu kita kawal. Sudahkah anda mempunyai lokasi yang ingin dibina?

Klik link di bawah untuk melihat apa yang kami tawarkan untuk urusan kewangan anda!
http://bit.ly/1j1qO0Q



4. BINA DENGAN MENTALITI "JUALSEMULA".
Tanpa mengira adakah anda sayangkan rumah tersebut atau tidak, sama ada akan dijual semula atau tidak, anda memang sepatutnya membina dengan potensi rumah itu dijual pada masa mendatang. Pentingnya berfikir secara begini membuatkan anda bukan sahaja membina mengikut kemampuan & citarasa anda, tetapi membinanya mengikut nilai & ciri-ciri kehendak pasaran. Kita boleh merancang sedangkan masa depan bukan di tangan kita. Jadi rancanglah serapinya.




5. "THINK GREEN!".
Fikir satu binaan yang dekat dan mesra alam dimana anda menggunakan persekitaran dan sumber semulajadi sebaiknya. Saiz tingkap mungkin menentukan kadar cahaya yang masuk pada waktu siang juga menentukan kadar kitaran haba di dalamnya. Bagaimana keadaan kedudukan bilik air, dapur & garaj? Adakah ianya berhampiran satu sama lain dimana akan memudahkan gerakan anda & membantu tindakbalas psikologi & tekanan? Bayangkan sistem perpaipan & saliran rumah anda, dari mana ia datang dan kemana ia akan pergi, adakah ia akan mencemarkan persekitaran dan memberi kesan buruk pada binaan atau jiran setempat?


Ini hanyalah beberapa tips dari kami, jadi fikirkan jalan terbaik mengikut cara sepatutnya diperlukan oleh anda, keluarga anda & masa depan!


Untuk info perlindungan insuran kediaman dari kami di SKSS, sila ke SINI!

No comments:

Post a Comment

EMAIL KAMI PERTANYAAN ANDA!

Name

Email *

Message *