Thursday, 28 May 2015

PROGRESS! PROJEK DI SG.IMAM, TAWAU. EPISOD 5!

Tapak Pembinaan : Sg Imam, Tawau Sabah
Kontraktor : SKSS
Pelanggan : En.Saide Bin Daming

Kos Pembinaan : RM 281,000 + RM 34,000 (additional)

Keluasan : 63' X 36

Beginilah keadaan projek SKSS di Sg.Imam di penghujung bulan Mei 2015. Nampaknya hampir sempurna, dimana pekerja-pekerja kami bertungkus lumus menyiapkan dalam keadaan apa cuaca, cuba kami berikan yang yang terbaik dengan hasil yang terbaik. Lihat di bawah!


















Kalau anda berminat melantik kami sebagai kontraktor binaan anda, sila lihat info di bawah serta boleh isikan borang yang disediakan!


TEL : 0198692242 / 0138803980

EMAIL :
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com

Saturday, 23 May 2015

INFO! KENAPA KITA PERLUKAN ARKITEK & KONTRAKTOR BINAAN?









Kalau anda berminat melantik kami sebagai kontraktor binaan anda, sila lihat info di bawah serta boleh isikan borang yang disediakan!


TEL : 0198692242 / 0138803980

EMAIL :
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com

Tuesday, 19 May 2015

INFO! RUMAH HEBAT 360° DIKELILINGI BUKIT & PANTAI.

Sebuah rumah yang dibangunkan oleh syarikat arkitek SAOTA di Clifton, Cape Town, Afrika Selatan ini telah mendapat pujian ramai oleh kerana rekabentuk & konsep yang dibawakan serta pemilihan lokasi yang sememangnya sangat mengagumkan. Berkeluasan 13024.3 kaki persegi, projek yang dinamakan sebagai "Nettleton 199 Pentagon" ini ditunjangi oleh Greg Truen, Stefan Antoni & Teswill Sars dimana telah berjaya disiapkan pada tahun 2011, sememangnya boleh dianggap spektakular bukan saja rekabentuknya, tetapi oleh kerana kebijaksanaan mereka menyesuaikan struktur binaan dengan lokasinya yang dikelilingi pantai & bukit. Semuanya kelihatan sangat berpadanan.

Bolehkah kita bayangkan bagaimana situasi pagi & malamnya, bunyi angin, pantai, biru langit dan ketenangan yang dirasai tuan rumah pasti memukau. Pada kami, keadaan luar dan dalaman rumah yang kemas, menyegarkan, luaran yang bersih serta landskap yang cantik boleh membantu mempertingkatkan paras rupa rumah tersebut. Mungkin antara kita mampu memiliki rumah sebegini, mungkin ada yang jauh dari kemampuan. Pada kami, apa yang penting adalah seperti yang disebutkan tadi. Ianya bergantung pada kreativiti & usaha kita untuk mendisplinkan diri terhadap keadaan rumah yang diduduki untuk kelihatan terus menawan & selesa, bukan hanya terletak pada saiz & lokasi ia dibina semata-mata.

Rumah ini dibina dengan kemasan material konkrit bagi kebanyakan ruang & bumbungnya pula adalah sangat kontras jika difikirkan kerana arkitek SAOTA memilih tembaga sebagai material pilihan. Pada yang berminat, boleh klik link di bawah untuk kupasan & berita lebih panjang tentang pembinaan projek Nettleton 199 Pentagon ini.

Klik Di Sini!










Kalau anda berminat melantik kami sebagai kontraktor binaan anda, sila lihat info di bawah serta boleh isikan borang yang disediakan!


TEL : 0198692242 / 0138803980

EMAIL :
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com

Wednesday, 13 May 2015

PROJEK TERKINI! PROGRESS PROJEK DI KG.BALUNG KOKOS, TAWAU. PELANGGAN : EN.SIM @ APENDI.


Alhamdulillah.

Syukur ke atasNya, inilah projek terkini SKSS di Kampung Balung Kokos, Tawau. Bermula dari proses perbincangan, lalu kami diyakini untuk menjadi kontraktor terlantik bagi projek pembinaan di tapak milik Encik Sim @ Apendi ini. Jutaan terima kasih, jadi kami kongsikan serba sedikit situasi proses pembersihan & kerja-kerja menggali tapak asas di kawasan berkenaan. 













Kalau anda berminat melantik kami sebagai kontraktor binaan anda, sila lihat info di bawah serta boleh isikan borang yang disediakan!



TEL : 0198692242 / 0138803980

Monday, 11 May 2015

TIPS! PECAHAN & PEMBAHAGIAN RUANG DALAMAN RUMAH!


Banyak perkara perlu difikirkan sebelum sesebuah projek pembinaan kediaman anda. Perletakan pecahan setiap ruang di dalam rumah anda adalah sangat penting memandangkan sebarang perubahan di kemudian hari memerlukan kos yang agak tinggi. Ada di antara beberapa faktor membuatkan anda tersepit untuk mengikut tips di bawah, tetapi mungkin ada di antaranya berguna!


1. PERLETAKAN RUANG DAPUR.
Seeloknya ia diletakkan berhampiran pintu belakang atau berdekatan pintu ke ruang "Car Porch" rumah anda. Ia akan memudahkan beberapa kerja seperti mengangkat barang yang baru di beli atau tugasan membuang sampah/sisa buangan dari dapur itu sendiri.


2. PERLETAKAN RUANG STOR.
Ruang simpanan atau stor adalah penting untuk menyimpan barang-barang yang masih berguna tetapi tidak sesuai atau tidak mahu ditunjukkan kepada tetamu, mungkin juga bagi mengelakkan menghalang laluan anda sekeluarga dari satu bahagian ke bahagian lain. Ianya juga akan membuatkan rumah kelihatan lebih kemas.


3. PERLETAKAN RUANG SUMBER CAHAYA NATURAL.
Ia juga merupakan sebuah ruang di mana di pasang tetingkap yang lebih besar & luas untuk dijadikan sumber cahaya natural ketika waktu siang sebagai penyumbang pencahayaan natural yang utama tanpa membuka pintu-pintu & membuka lampu. Selain menjadi ruang santai, tingkap yang luas membuatkan penguasaan mata untuk melihat pemandangan di luar sama ada ketika matahari terbit waktu pagi juga mungkin suasana langit di malam hari. Bayangkan keindahannya!


4. PERLETAKAN RUANG EKSTRA.
Sebuah bilik sederhana besar sudah memadai untuk anda simpan sebagai bilik masa hadapan. Lokasinya mungkin bukan terlalu kebelakang juga bukan terlalu kehadapan dari ruang tengah kediaman. Juga sesuai diletakkan di tingkat atas untuk rumah yang dibina bertingkat. Ianya kelak akan berguna untuk anda sekeluarga, kemungkinan digunakan sebagai bilik anak-anak, saudara-mara yang datang berkunjung, dijadikan bilik gym, bilik menjahit atau bilik apa saja perancangan masa depan anda.


5. PERLETAKAN RUANG CUCIAN.
Sama ada sebuah ruang kecil atau sederhana, ruang mencuci adalah penting jika diletakkan di satu bahagian yang mempunyai pencahayaan baik dari waktu pagi hingga ke tengahari, berhampiran bilik tidur, juga berdekatan saliran menyalurkan air cucian tersebut.


6. PERLETAKAN RUANG ISTIREHAT.
Sesuai dijadikan bilik membaca & istirehat, bilik berbual secara privasi, kelihatan tenteram & tenang, bilik yang diletak jauh dari tempat lain yang lebih bising & laluan trafik penghuni rumah. Bilik di mana anda akan menyimpan sesuatu yang lebih bernilai, barang-barang kolektif, juga dijadikan ruang bukan untuk kanak-kanak bermain. Satu ruang serius & profesional.



Semoga tips ini membantu anda yang akan membina kediaman baru atau yang sudah mempunyai kediaman!



Tips ini ditulis khas oleh Sutera Kinabalu Supplier & Services (SKSS).




Untuk info perlindungan insuran kediaman dari kami di SKSS, sila ke SINI!
TEL : 0198692242 / 0138803980

EMAIL :
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com


PROGRESS! PROJEK DI SG.IMAM, TAWAU. EPISOD 4!

Tapak Pembinaan : Sg Imam, Tawau Sabah
Kontraktor : SKSS
Pelanggan : En.Saide Bin Daming
Kos Pembinaan : RM 281,000 + RM 34,000 (additional)

Keluasan : 63' X 36


Beginilah keadaan semasa dan yang terkini projek SKSS di Sungai Imam. Sudah memasuki fasa akhir dimana apabila ianya diperkemaskan lagi dengan tona warna yang bakal menaikkan seri, pasti anda akan terpegun. Harapnya En. Saide berpuas hati dengan perkembangan ini, moga persiapan & tugas kami berjalan dengan lancarnya. Amin.










Kalau anda berminat melantik kami sebagai kontraktor binaan anda, sila lihat info di bawah serta boleh isikan borang yang disediakan!

EN.HAFIZAM SINDRAN
--------------------------------
TEL : 0198692242 / 0138803980
EMAIL :
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com

EMAIL KAMI PERTANYAAN ANDA!

Name

Email *

Message *