Monday, 11 May 2015

TIPS! PECAHAN & PEMBAHAGIAN RUANG DALAMAN RUMAH!


Banyak perkara perlu difikirkan sebelum sesebuah projek pembinaan kediaman anda. Perletakan pecahan setiap ruang di dalam rumah anda adalah sangat penting memandangkan sebarang perubahan di kemudian hari memerlukan kos yang agak tinggi. Ada di antara beberapa faktor membuatkan anda tersepit untuk mengikut tips di bawah, tetapi mungkin ada di antaranya berguna!


1. PERLETAKAN RUANG DAPUR.
Seeloknya ia diletakkan berhampiran pintu belakang atau berdekatan pintu ke ruang "Car Porch" rumah anda. Ia akan memudahkan beberapa kerja seperti mengangkat barang yang baru di beli atau tugasan membuang sampah/sisa buangan dari dapur itu sendiri.


2. PERLETAKAN RUANG STOR.
Ruang simpanan atau stor adalah penting untuk menyimpan barang-barang yang masih berguna tetapi tidak sesuai atau tidak mahu ditunjukkan kepada tetamu, mungkin juga bagi mengelakkan menghalang laluan anda sekeluarga dari satu bahagian ke bahagian lain. Ianya juga akan membuatkan rumah kelihatan lebih kemas.


3. PERLETAKAN RUANG SUMBER CAHAYA NATURAL.
Ia juga merupakan sebuah ruang di mana di pasang tetingkap yang lebih besar & luas untuk dijadikan sumber cahaya natural ketika waktu siang sebagai penyumbang pencahayaan natural yang utama tanpa membuka pintu-pintu & membuka lampu. Selain menjadi ruang santai, tingkap yang luas membuatkan penguasaan mata untuk melihat pemandangan di luar sama ada ketika matahari terbit waktu pagi juga mungkin suasana langit di malam hari. Bayangkan keindahannya!


4. PERLETAKAN RUANG EKSTRA.
Sebuah bilik sederhana besar sudah memadai untuk anda simpan sebagai bilik masa hadapan. Lokasinya mungkin bukan terlalu kebelakang juga bukan terlalu kehadapan dari ruang tengah kediaman. Juga sesuai diletakkan di tingkat atas untuk rumah yang dibina bertingkat. Ianya kelak akan berguna untuk anda sekeluarga, kemungkinan digunakan sebagai bilik anak-anak, saudara-mara yang datang berkunjung, dijadikan bilik gym, bilik menjahit atau bilik apa saja perancangan masa depan anda.


5. PERLETAKAN RUANG CUCIAN.
Sama ada sebuah ruang kecil atau sederhana, ruang mencuci adalah penting jika diletakkan di satu bahagian yang mempunyai pencahayaan baik dari waktu pagi hingga ke tengahari, berhampiran bilik tidur, juga berdekatan saliran menyalurkan air cucian tersebut.


6. PERLETAKAN RUANG ISTIREHAT.
Sesuai dijadikan bilik membaca & istirehat, bilik berbual secara privasi, kelihatan tenteram & tenang, bilik yang diletak jauh dari tempat lain yang lebih bising & laluan trafik penghuni rumah. Bilik di mana anda akan menyimpan sesuatu yang lebih bernilai, barang-barang kolektif, juga dijadikan ruang bukan untuk kanak-kanak bermain. Satu ruang serius & profesional.



Semoga tips ini membantu anda yang akan membina kediaman baru atau yang sudah mempunyai kediaman!



Tips ini ditulis khas oleh Sutera Kinabalu Supplier & Services (SKSS).




Untuk info perlindungan insuran kediaman dari kami di SKSS, sila ke SINI!
TEL : 0198692242 / 0138803980

EMAIL :
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

EMAIL KAMI PERTANYAAN ANDA!

Name

Email *

Message *