Sebuah rumah yang dibangunkan oleh syarikat arkitek SAOTA di Clifton, Cape Town, Afrika Selatan ini telah mendapat pujian ramai oleh kerana rekabentuk & konsep yang dibawakan serta pemilihan lokasi yang sememangnya sangat mengagumkan. Berkeluasan 13024.3 kaki persegi, projek yang dinamakan sebagai "Nettleton 199 Pentagon" ini ditunjangi oleh Greg Truen, Stefan Antoni & Teswill Sars dimana telah berjaya disiapkan pada tahun 2011, sememangnya boleh dianggap spektakular bukan saja rekabentuknya, tetapi oleh kerana kebijaksanaan mereka menyesuaikan struktur binaan dengan lokasinya yang dikelilingi pantai & bukit. Semuanya kelihatan sangat berpadanan.
Bolehkah kita bayangkan bagaimana situasi pagi & malamnya, bunyi angin, pantai, biru langit dan ketenangan yang dirasai tuan rumah pasti memukau. Pada kami, keadaan luar dan dalaman rumah yang kemas, menyegarkan, luaran yang bersih serta landskap yang cantik boleh membantu mempertingkatkan paras rupa rumah tersebut. Mungkin antara kita mampu memiliki rumah sebegini, mungkin ada yang jauh dari kemampuan. Pada kami, apa yang penting adalah seperti yang disebutkan tadi. Ianya bergantung pada kreativiti & usaha kita untuk mendisplinkan diri terhadap keadaan rumah yang diduduki untuk kelihatan terus menawan & selesa, bukan hanya terletak pada saiz & lokasi ia dibina semata-mata.
Rumah ini dibina dengan kemasan material konkrit bagi kebanyakan ruang & bumbungnya pula adalah sangat kontras jika difikirkan kerana arkitek SAOTA memilih tembaga sebagai material pilihan. Pada yang berminat, boleh klik link di bawah untuk kupasan & berita lebih panjang tentang pembinaan projek Nettleton 199 Pentagon ini.
Klik Di Sini!

Kalau anda berminat melantik kami sebagai kontraktor binaan anda, sila lihat info di bawah serta boleh isikan borang yang disediakan!
TEL : 0198692242 / 0138803980
EMAIL :
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com
hafizam.sindran@gmail.com
hafizam.sindran@yahoo.com
No comments:
Post a Comment